Sunday, June 28, 2009

Team Building di Janda Baik







Pada 9 - 10 May 2009 , seramai 80 orang peserta telah menyertai Team Bulding di Sri Dinar Resort Janda Baik. Gambar-gambar team building ini boleh dilayari di http://www.seridinar.com.my/gallery/index.php.

Sunday, June 21, 2009

Kejohanan Futsal 2008






Satu kejohanan Futsal telah berlangsung di Dewan Futsal Shah Alam , Seksyen 15 Shah Alam. Sebanyak 8 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita telah mengambil bahagian.

Jamuan Untuk Jawatankuasa Sambutan Hari Raya 2008





Satu majlis jamuan ringan telah diadakan di Pantai Jeram sebagai penghargaan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah bekerja keras memastikan program Jamuan Hari Raya berjalan dengan lancar.

Thursday, June 18, 2009

Kem Motivasi di Port Dickson





Seramai 65 orang peserta telah mengikuti Kem Motivasi di Brindley Camp Port Dickson pada bulan November 2008. Berbagai program telah diadakan seperti berkayak , meredah hutan menggunakan kompas , ceramah agama dan ceramah motivasi.

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri




Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Sunchirin pada bulan Oktober 2008. Bermacam-macam juadah seperti Nasi Tomato , Mee Sup , Ikan Bakar , kuih muih serta buah-buahan telah disediakan kepada semua ahli dan pekerja Sunchirin. Berbagai acara menarik seperti menganyam ketupat , karaoke dan acara untuk kanak-kanak diadakan.

Lawatan Ke Kuching Sarawak








Pada 4 , 5 dan 6 July seramai 250 orang ahli KSSS yang sebahagiannya bersama keluarga telah mengadakan lawatan bersiar-siar ke Kuching Sarawak. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah di Serikei , kilang kek lapis Sarawak serta banyak lagi tempat menarik di Kuching. Pada sebelah malam , makan malam di dalam bot sambil menyusuri Sungai Kuching disamping pertunjukan kebudayaan Sarawak telah diadakan.

Tuesday, June 17, 2008

Treasure Hunt 2008



KSSS telah mengadakan Pertandingan Mencari Harta Karun 2008 yang diadakan pada 7hb Jun 2008. Sebanyak 18 buah kereta dengan seramai 70 peserta telah mengambil bahagian membabitkan perjalanan dari Seksyen 26 Shah Alam ke Taman Tasik Shah Alam , Giant Shah Alam dan berakhir di Taman Pertanian Bukit Cherakah.